Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesan
Ini masalah yang banyak berlaku kepada ibu mengandung. Memang tak selesa
Kehamilan adalah peringkat dalam kehidupan wanita apabila terdapat perubahan besar dalam badan kita.
Terdapat perubahan hormon, perubahan mood dan perubahan fizikal, semuanya berlaku pada masa yang sama.
Semua ini menimbulkan rasa tak selesa & tekanan secara tidak langsung kepada emosi & badan kita
Agak sukar untuk mengikuti semua perubahan tetapi insyallah setiap wanita berjaya dengan baik.
Satu perubahan yang mungkin berlaku adalah berlakunya pengeluaran lendir keputihan ketika mengandung.
Walaupun terdapat ubat-ubatan tertentu untuk mengubati keputihan yang boleh di makan
Tapi bila kita mengandung, tak semua ubat ubatan ini selamat dimakan
Jadi, adakah keputihan semasa hamil satu perkara yang normal?
Tapi ini tidak berlaku kepada semua ibu hamil
Semasa kita mengandung, terdapat peningkatan tahap hormon estrogen.
Ini akan memberi kesan dalam peningkatan aliran darah ke kawasan faraj.
Sepanjang 9 bulan kehamilan, pengeluaran lendir ini mungkin meningkat. Fakta Tentang Keputihan Semasa Mengandung
Selalunya, kalau keluar lendir dari faraj dekat dekat akhir trimester 3 seperti minggu ke 36, itu tanda nak bersalin dahTapi kalau kita baru lagi mengandung, dah keluar cecair berwarna putih, kelabu atau warna lain disertai darah.Dan juga mengalami gatal-gatalMemang perlu buat sesuatu. Setiap perubahan pada badan kita elok kita beritahu pada doktorSelain itu, kita juga boleh lakukan rawatan mudah di rumah.Boleh jadi, sedikit sebanyak membantu kan. Doktor doktor juga. Kita pun kena jaga kesihatanTips yang ibu senaraikan di bawah membantu mengelakkan jangkitan kepada faraj / vagina.8 Cara Menyembuhkan Keputihan Semasa Mengandung1. Menjaga Kebersihan diri & tempat tinggal
Ini adalah perkara yang sangat penting untuk diikuti sepanjang masa. Islam pun kata, Kebersihan itu separuh dari imanDan semasa mengandung, kebersihan dalam kawasan sulit kita menjadi lebih penting untuk mencegah sebarang jangkitan kuman. Basuh alat kelamin kita dengan sabun khas yang bersifat lembut & tidak wangi. Keringkan dengan menggunakan tuala lembut & gunakan tuala baru setiap kali. Dan peringatan untuk yang suka bela kucing, pastikan kita berhati hati semasa nak bersihkan najis kucing semasa mengandung. Najis kucing bahaya untuk ibu hamilMama ada kongsi sebelum ini tentang toxoplasmosis dari kucingDanKeburukannya pada ibu hamil2. Elakkan makan makanan yang pedas & bergoreng
Apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap diri sendiri & anak dalam rahimjadi penting untuk kita teliti semua yang mahu di makanAntara amalan yang bagus untuk cara menghilangkan keputihan semasa mengandung ialah mengelakkan makanan bergoreng. AlamakKenapa ya tak boleh?Makanan bergoreng mengandungi banyak minyak & boleh menyebabkan rasa tidakselesaan dalam saluran pencernaan.Nanti sakit perutMakanan pedas pula boleh menyebabkan masalah penghadaman, kerengsaan pada bahagian sulit, senak perut.Kalau makan pedas tak boleh, nak makan apa?Sebenarnya tak salah pun kalau kita teringin nak makan. Rasa sikit masa teringin. Tak apa. Dan sekali sekala je kanSama macam makan benda manis masa mengandung. Bukan tak boleh langsung. Boleh saja makan benda manis. Tapi cuba pilih yang sihat. Contohnya makan madu. Banyak kelebihan & manfaat madu untuk ibu mengandungMakan ikut keperluan yaBukan makan ikut nafsu. Semua yang berlebihan mesti bawa mudarat3. Ambil Makanan Segar
Kepentingan makanan segar dan sihat sangat ditekankanApatah lagi semasa kita mengandung Apa kepentingan makanan yang segar ni?Ia penting dalam memastikan usus dan sistem pencernaan kita sihat.Kita di galakkan makan buah-buahan segar & sayur-sayuran.Elakkan seboleh habis untuk makan di luar & cuba makanan yang dimasak di rumah untuk menjamin kebersihan & kualiti zat di dalam makanan yang di sediakan. Semasa mengandung ni, kurangkan makan di kedai. Makanan segar seperti buah buahan yang kaya dengan vitamin akan bantu kita makin sihat. COntohnya buah pisang, kaya dengan vitamin b6. Bagus untuk kurangkan alahan ibu mengandung tauBelum masuk khasiat sayur sayuran hijau lagi, yang kaya zat besiMakanan dah di proses dah kurang zat zat niSebab tu makanan segar masih lagi jadi keutamaan4. Pakai pakaian dalam dari kapas
Masa bujang dulu, kita bebas nak pakai baju apa & ikut fesyen terkini.Tapi sekarang ni lainSejak berbadan dua. Dan ada pula masalah keputihanKita kena korbankan nafsu untukpakaian dalam yang bergaya dan mewah. Bagi memastikan kita selesaIbu mengandung bagus memakai pakaian kapas yang selesa. Pemakaian pad khas di panggil "panty liner" di galakkan kalau keputihan yang keluar banyakKita akan rasa lebih selesaApa susah, di kedai & pasaraya banyak jual5. Pakai Pakaian longgar & selesa setiap masa
Pakaian yang menutup aurat semestinya longgar kan. Dan lagi bagus, pakaian longgar mempunyai pengudaraan yang lebih baikTidak hairanlah, ada kajian menunjukkan pakaian ketat juga menyebabkan jangkitan vagina keranaPanasDan pengudaraan tidak baikSemasa mengandung, elakkan pakai pakaian ketat walaupun di dalam rumahPilihlah pakaian longgar yang semestinya lebih bijak6. Minum kosong Air Cukup
Ibu dah banyak kali baca tips di sana sini. Minum air kosong memangbaik untuk serba serbiNak kurus minum air kosong pun bagusNak lawas ke tandas untuk detoks puns esuai minum air kosong. Dan sekarang ni minum banyak air kosong untuk elakkan keputihanSebab kalau badan kita cukup air, kita akan lebih bertenaga.Mama baca kurang air dalam badan buatkan kita lebih malas & lemah longlai macam sotong di daratHahaKenapa sotong di daratTulang di kan lembut, dalam air bukan main laju berenang, sotong di darat, nak berenang pun tak boleh. Terbaring je. Last last jadi sotong keringMinum air kosong yang cukup akan bantu kita elakkan kencing kotor & jangkitan kuman pada kawasan sulitLagipun free saja kanMelainkan water filter kita mahal brand KowaiiMemang mahal super. Atau brand Kuku7. Kerapkan makan Yogurt
Dulu ibu tak suka makan yogurt. Sebab tak tahan dengan baunya. TApi itu dululahLepas banca banyak khasiat yogurtSekarang ni ibu pula dah terlebih suka. Yogurt adalah makanan yang mengagumkan & ada banyak kebaikanYogurt bagus untuk di makan ibu mengandung kerana ia mempunyai bakteria baik yang membantu mengawal jangkitan dalaman. Bakteria baik dalam yogurt membantu mengekalkan saluran penghadaman yang baik & menghalang jangkitan. Jadikan yogurt sebagai bahagian penting dalam diet kita untuk memastikan keputihan yang di alami sentiasa terkawal. Yogurt juga elok di makan ibu hamil, terutama yang mengalami alahan mengandung & yang tiada selera makan8. Makan Set Mengandung Shaklee
Badan kita perlukan khasiat yang banyak untuk kekal sihatIbu sedar sekarang ni ramai wanita yang stress sebab kerja kan. Banyak tanggungjawab.Makanan yang berkhasiat akan bantu kurangkan keputihan semasa hamil.Jadi masa ibu mengandung dulu, ibu makan Set mengandung Shaklee. Ada 6 produk semunya
Alhamdulillah, badan tu ada tenaga sampai malam. Dari bangun awal pagi.Kena keluar pelaburan sikit lah. Tapi kalau tak buat sesuatu pun kita terbaring saja.Jadi ibu cari di internet dan cuba makan set ini